Objektif

1.  Menyediakan tenaga kerja mahir terlatih dalam sektor pertanian yang meliputi semua peringkat pekerjaan iaitu pekerja mahir, penyeliaan dan pengurusan.
2.  Melahirkan usahawan tani muda yang berdaya saing, moden dan kreatif bagi mencapai negara yang berpendapatan tinggi.
3.  Menjadi platform kepada pelatih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Senarai Bidang/Kursus Yang Ditawarkan

1. Tanaman
2. Pengeluaran  Padi
3. Ternakan Ruminan
4. Ternakan Poltri
5. Akuakultur Air Tawar
6. Akuakultur Marin
7. Teknologi Perikanan Tangkapan
8. Pemprosesan Makanan
9. Pemasaran

Tempoh Latihan

  • Tahap 1 (Sijil)            - 6 bulan (600 jam)
  • Tahap 2 (Sijil)           - 6 bulan (600 jam) 
  • Tahap 3 (Sijil)           - 12 bulan (1,200 jam)
  • Tahap 4 (Diploma)     - 12 bulan (1,200 jam) + 3 bulan Latihan Industri (LI)

 Senarai Pusat Bertauliah

Bil

Pusat Bertauliah

Bidang

1.

Kolej Pertanian Malaysia (KPM), Bukit Tangga, Kedah (Kampus Utama) 

 

Tanaman

Ternakan Ruminan

Pemprosesan Makanan

Pemasaran

Akuakultur Air Tawar

2.

Kolej Perikanan Malaysia Lumut (KPML), Setiawan, Perak

Akuakultur Marin

3.

Institut Pertanian Serdang (IPS), Selangor

Tanaman

4.

Institut Pertanian Kuala Lipis (IPKL), Pahang

Tanaman

5.

Institut Pertanian Bumbung Lima (IPBL), Kepala Batas, Pulau Pinang  

Tanaman

6.

Kompleks Bimbingan Usahawan Tani (KBU), Pagoh, Johor

Tanaman

7.

Pusat Latihan Padi MADA (MRTC), Alor Setar, Kedah

Pengeluaran Padi

8.

Institut Veterinar Malaysia (IVM), Kluang, Johor

Ternakan Ruminan

9.

Institut Teknologi Unggas (ITU), Melaka

Ternakan Poltri

10.

Institut Perikanan Malaysia (APM), Jabatan Perikanan Malaysia Chendering, Terengganu

Teknologi Perikanan Tangkapan

11.

Sekolah Perikanan Tangkapan, Tanjung Manis, Sibu, Sarawak

Teknologi Perikanan Tangkapan

12.

Pusat Perkhidmatan Teknikal MARDI, Serdang, Selangor

Pemprosesan Makanan